panduan memilih set bersalin


I was looking for maternity helath set.. or set lepas bersalin or jamu lepas bersalin and came thru this blog , mysetbersalin.com.

And here’s some tips to share, taken from the blog.

Kesilapan memilih akan merugikan bakal ibu itu sendiri kerana setiap satu set ini mencecah ratusan ringgit. Tetapi adalah lebih malang lagi kerana ibu-ibu yang baru bersalin ini tidak mendapat khasiat dan rawatan yang amat diperlukan untuk tujuan pemulihan.

Untuk tidak merugikan bakal ibu itu sendiri, adalah di sarankan mereka melihat ciri-ciri berikut sebelum memilih set rawatan lepas bersalin yang akan mereka pakai.

1.Set Rawatan Lepas Bersalin yang baik mengandungi produk rawatan penjagaan luaran dan dalaman buat si ibu.

Kedua-dua rawatan ini mesti ada supaya tubuh mereka dapat di pulihkan dengan betul.Jika set rawatan lepas bersalin ini hanya bertumpu pada dalaman atau luaran semata-mata, maka jengok-jengok set rawatan lepas bersalin yang lain.

2.Set Rawatan Lepas Bersalin juga mestilah mengandungi ramuan herba yang benar-benar bermutu.

Faktor ini amat penting kerana kesihatan ibu yang baru bersalin telah mengalami kecederaan dari luar dan dalam. Tubuh yang telah cedera mesti di rawat dengan baik dengan menggunakan herba yang terbukti membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Jika wanita yang baru bersalin tidak dapat rawatan yang baik, di takuti mereka menghadapi risiko penyakit dalaman seperti “gila meroyan”.Selalunya produk yang bermutu tinggi akan mempamirkan anugerah atau pengiktirafan yang mereka terima di kotak set rawatan lepas bersalin mereka. Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan melihat label yang tertera di kotak set tersebut.

3.Set Rawatan Lepas Bersalin yang di pilih juga seharusnya memiliki kelulusan dari kementerian kesihatan.

Cuba lihat samada label Kementerian Kesihatan bersama nombor pendaftaran mereka tertera di botol atau di set rawatan lepas bersalin tersebut. Ini penting untuk memastikan bahan yang di gunakan adalah mengikut dos yang di benarkan. Ia juga untuk mengelakkan risiko bakal ibu mengalami kesan sampingan yang tidak seharusnya berlaku. Faktor ini juga penting di ambil kira untuk mengelakkan anda membeli produk yang palsu.

4.Set Rawatan Lepas Bersalin anda seeloknya sesuai dengan iklim dan suasana tempat anda tinggal.

Faktor ini juga harus di fikirkan kerana tahap penggunaan herba sesuatu masyarakat adalah berbeza.Di Malaysia penggunaan jamu adalah masih rendah di bandingkan dengan negara jiran seperti di Indonesia.Kerana itulah sesetengah produk kecantikan luar negara mengkhaskan produk khas untuk orang Asia.

Jika anda sudah biasa dengan jamu atau herba semenjak remaja anda boleh membandingkan bahan yang terkandung di label kotak atau botol produk tersebut.

5.Harga sesuatu Set Rawatan lepas Bersalin tersebut seeloknya tidak terlalu mahal atau terlalu murah.

Walaupun ia bukanlah perkara yang terlalu penting untuk di fikirkan, harga sesebuah set rawatan lepas bersalin tersebut sepatutnya adalah setanding mutunya.Tiada gunanya anda memilih set bersalin yang murah jika kesannya tidak seberapa. Set Rawatan Lepas Bersalin yang terlalu mahal juga belum tentu menjanjikan kesan yang anda ingini.Kadangkala ada pengeluar yang sengaja memasukkan produk yang tidak berapa perlu semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Advertisements

7 thoughts on “panduan memilih set bersalin

  1. mye says:

    errr.. still doesn't gimme any clue. LOL

  2. ZOORA says:

    hahaha yeah.. i'm asking around now… kali ni aku tak nak membazir dah beli sendayu tinggi mcm dulu2..

  3. Zoora, sendayu tinggi macam leceh nak makan. Aishah suka Leesa Formula. Anak no. 2 makan, ok, baby pun pun ok. Anak 1st makan Nona Roguy. Leceh terpaksa berlari2 ke toilet. Baby pun terjebak sama. Sian dia….

  4. アリアナ says:

    MIL bought the sendayu tinggi one.. Ammy 60-days? ek? ratus-ratus…and I didnt eat any…I am now convince set2 ni takyah… healed faster than my cousin yg beranak lebeh kurang time sama…but I love the ammy 60 days yg sapu2 peruts.. terasa macam tak buncit (rase jelah)

  5. i used Set Herbanika Amway..series senang guna.n cepat sgt kurus..i lose about 15kg during my confinement period..susu pun banyak..sbb dia ada herb to boost milk sekali..price dia around rm200 complete with all the param,pilis,tangas,teh herb,milk booster and slimming herb..oh ye..minyak urut for mommy n minyak telon for baby pun sekali..pastu dpt free barut..

  6. ZOORA says:

    CuppyCakeMommy – Yg amway tu pill ke? ada bende kena bancuh2 tak?? ergh.. kalau bancuh i really cant telan

  7. Shida says:

    masa anis dulu,shida guna set bersalin nona roguy. mmg kerap ke toilet. then decide to cut the dose to half after consult with the nona roguy consultant. then feel much better. mmg senang nak do big biz.lancar je despite the jahitan tak heal lg. masa tgh preggy, byk dgr kisah org alami masalah sembelit dan buasir (due to dlm pantang kena kurang minum air dan buah). so thats made me dicide to try nona roguy. besides that, ia sesuia utk ibu yg BF (coz ada sesetengah jamu yg panas till stop the milk production)this second baby nak try set bersalin ibu halimah pula. saje nak try but so far the testimonial from the user is very good. but i do stand by tablet phytonatal nona roguy in case rasa sembelit. hehehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: