Recipe: lasagna


I promised some friends the recipe for the lasagna I made the other day. I got the recipe from somewhere, in the net.. tapi dah lupa link.. so I wrote here what I did.. and there’s a few adjustment I made. Nama Lasgna tu Lasagna garfield

LASAGNA GARFIELD

Untuk Mi Lasagna

• Mi Lasagna. Biasanya dijual dalam kotak.

Adunan Cheese

• Keju Parmesan – tapi saya tak guna parmesan, mahal.. so saya tukar ke mozarella
• Minyak Zaitun
• Telur 3 biji
• Daun Basel – saya beli kat jusco, jual dlm botol, tempat herbs

Sos – part ini adalah highly customizable. Terpulang pada kreativiti anda. Apa isi pun boleh

• Sos tomato – yang famous brand Kimball. Tapi saya guna sos prego, apa perasa pun boleh , sbb dah ada segala oregano la, apa la… ini yang untuk buat sphagetti tu
• Daging cincang – this part ikut suka, sausage ke, ayam ke, frozen vege ke
• Button Mushroom yang dalam tin. Slice them
• Bawang besar
• Oregano – kalau nak, saya skip yang ni sbb dah guna sos tomato prego

Mozarella

• Keju Mozarella, or cheddar cheese untuk topping. This one iktu suka, kalau nak lasagna yang banyak cheese boleh letak kat each layer.

LANGKAH – LANGKAH

Untuk penyediaan adunan cheese

1. Parut keju parmesan hingga kecil-kecil. Masukkan di dalam satu bekas bersama dengan telur, sedikit daun basel dan secamca minyak zaitun.
2. Pukul adunan tersebut sehingga sebati.

Untuk penyediaan sos/filling.

1. Cincang bawang dan tumis, masukkan daging cincang untuk pastikan daging masak. Ada orang tak buat camni. Tapi saya geli la .. rasanya lagi selesa daging masak betul betul. Masuk mushroom
2. Campurkan dengan sos tomato, tambah sedikit oregano.
3. Gaulkan hingga sebati.

Menyusun lasagna

1. Saya guna pembakar yang pakai buang tu .. yang macam foil. Senang. Kalau nak guna tempat pembakar macam buat kek tu boleh juga. Tapi kena griskan dulu supaya tak melekat.
2. Susun kepingan-kepingan mi lasagna hingga menutupi permukaan baking pan. (Mi Lasagna yang saya beli was said to be oven ready. Tapi actually kena rebus jugak, sampai lembut.. kalau tak bila bakar jadik keras. Tips lagi – kepingan lasagna tak match dgn bekas pembakar lepas di rebus, so saya gunting2, to make sure cover semua permukaan).
3. Tuangkan adunan cheese tadi membentuk satu lapisan di atas mi lasagna tersebut. Tak perlu terlalu tebal, agak agak je la. .ikut citarasa.
4. Seterusnya, tuang pula sos/filling anda. Seperti cheese tadi, gunakan hanya separuh dari sos anda.
5. Kemudian, taburkan cheese mozarella di atas sos filling anda. Kalau suka cheese banyak. Saya tak letak .. takut muak. Tapi ada orang suka kan.
6. Ulang kembali dari langkah kedua, membentuk satu set lagi lapisan lasagna anda. Inilah sebabnya anda perlu guna separuh saja adunan cheese/sos anda tadi. Jika baking pan anda cukup besar dan cheese/sos anda cukup banyak, anda boleh buat 3 set lapisan pun. Pastikan lapisan teratas sekali adalah cheese mozzarella atau cheddar atau cheese topping. Make sure cover semua lasagna.. kalau tak . nanti dia keras.
7. Setelah siap, masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 190 darjah celcius, untuk selama 30-40 minit.
8. Setelah masakkan, sejukkan dalam 10 minit, kemudian boleh dimakan

Advertisements

2 thoughts on “Recipe: lasagna

  1. Drama Mama says:

    haaa musti try ni. tengok gambar kat bawah tu pun dah terliur. hehe

  2. ZOORA says:

    try try.. nanti bgtau hasilnyaaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: